Memandangkan tengah panas sekarang tentang pembukaan semula satu fund di Public Mutual ni, mari kita tengok sedikit berkaitan perkara ini. Saya pun dah lama jugak tak jengok blog ni. Kita buat dalam point form jer la…. Senang nak baca. Tulis panjang-panjang pun nanti kita tengok point dia jugak….
Public Mutual Berhad merupakan leading unit trust company di Malaysia yang menyediakan peluang kepada para pelabur yang berminat untuk melabur dalam saham Small Cap. Unit Trust Fund yang sekali lagi dibuka sememangnya mempunyai track record yang cemerlang dengan 2 anugerah Lipper Fund Award 2021 dalam kategori Equity Malaysia Small Cap & Mid Cap (3 years) dan Equity Malaysia Small Cap & Mid Cap (5 years).
Point-point di bawah menunjukkan kenapa kita kena invest dalam fund ni.
Small Cap Company
- Cap merujuk kepada capital.
- Small Cap company mempunyai nilai stock value di antara RM300 million hingga RM 2.0 billion.
- Small Cap company bukan start up company or baru dlm market.
- Kebanyakannya dah well established, strong financial record & strong track record.
- Sebab mereka ni SMALL, so stock company ada potensi untuk grow further.
- So, bila ada potensi untuk grow maka dia ada potensi jugak untuk memberi pulangan kepada para pelabur.
- Bukan lah menjanjikan pulangan yang besar tapi stabil as long as company ni terus maju.
Market Research
Saham Small Cap di Malaysia telah terus meningkat dari tahun lalu hingga beberapa bulan pertama tahun 2021. Segmen ini, yang terdiri daripada saham dengan nilai pasaran kurang dari RM2.0 bil, mengatasi Big Cap company di bursa tempatan. – The Star, 17 April 2021 (https://tinyurl.com/thestar-smallcap)
Small Cap & Mis Cap biasanya bermula dengan harga permulaan yang menarik. Dengan asas dan pengurusan yang betul, sebilangan syarikat ini dapat meningkat dari Small Cap hingga Mid Cap dan bahkan kepada Big Cap Company or Blue-Chip Company. – Bursa Academy (https://tinyurl.com/bursaacademy-smallcap)
Syarikat Small Cap biasanya bermula sebagai Small Cap company dan menghabiskan beberapa tahun untuk membina perniagaan. Apabila mereka sudah bersedia, denagn dibantu denagn beberapa pemangkin, harga saham mereka berpotensi untuk meningkat secara eksponensial. – Bursa Academy (https://tinyurl.com/bursaacademy-smallcap)
Sebahagian syarikat Small Cap disenaraikan di bawah: (ada byk lagi)
- Aemulus Holdings Bhd
- CCK Consolidated Holdings Bhd
- Innature Bhd
- Lee Swee Kiat Group Bhd (LSK)
- Awanbiru Technology Bhd (formerly known as Prestariang Bhd)
- Berjaya Food Bhd
- Bermaz Auto Bhd
- EITA Resources Bhd
- Karex Bhd
- Kawan Food Bhd
- Mah Sing Group Bhd
- Media Prima Bhd
- Pharmaniaga Bhd
- Star Media Group Bhd
- Ta Ann Holdings Bhd
- WCT Holdings Bhd
Prestasi Pasaran Saham Malaysia
Merujuk kepada snapshot di bawah jelas menunjukkan kestabilan Small Cap company di Malaysia dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. In future, diharapkan Small Cap company dapat meneruskan kestabilan dan terus maju ke hadapan (supaya kita sebagai investor dapa return yg cun melecun la, kan).
Keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat Covid-19, kaunter Small Cap terus mencatatkan pulangan 2.4% pada tahun 2021 ini.
Rekod SMALL CAP untuk 12 bulan menunjukkan prestasi yang menarik berbanding KLCI.
Rekod 3 tahun ada pulangan 10% berbanding KLCI yang turun 12%.
Rekod 5 tahun pun begitu juga.
Rekod 10 tahun.